Headlines News :
Home » » Kajian MISBAHUZZULAM di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Kajian MISBAHUZZULAM di UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Written By admin on Senin, 15 Oktober 2012 | 12.10






Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama Pemacu Transformasi Negara
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Ermy Azziaty Rozali, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad, Maheram Ahmad, Md Nor Abdullah, Napisah Karimah Ismail & Zamri Arifin


© Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-57-4 (2011),        http://www.ukm.my/nun/prosiding%20atas%20talian.htm


Ketokohan Sheikh Muhammad Muhajirin Amsar al-Dary sebagai Ilmuwan Hadis Nusantara: Analisis terhadap Kitab Misbah al-Zulam Sharh Bulugh al-Maram. 


Abstrak: Kertas ini membincangkan ketokohan seorang ilmuwan hadis Nusantara iaitu Sheikh Muhammad Muhajirin Amsar Al-Dary. Ketokohan beliau jarang sekali dibahaskan dan menjadikan sumbangannya dalam bidang hadis tidak begitu diperhatikan oleh para pengkaji dalam bidang hadis di rantau ini. 


Sehubungan dengan itu, tulisan ini bertujuan untuk menggali dan mengangkat Sheikh Muhammad Muhajirin Amsar Al-Dary sebagai tokoh hadis melalui karya terbesarnya dalam bidang ini, iaitu Misbah al-zulam sharh bulugh al- maram. Kitab tersebut yang mensyarahkan kitab Bulugh al-Maram dianalisis daripada berbagai-bagai sudut terutama metodologi penyusunan dan perbahasan. Antara langkah beliau dalam menyusun kitab ini adalah; pertama tanqil, kedua tabyid dan ketiga tahqiq. Metode perbahasannya cukup meluas antaranya mengemukakan hukum hadis secara umum, menjelaskan tentang asbab al-wurud, mengemukakan penjelasan kata atau kebahasaan, mengemukakan perbahasan mengenai usul fikah, mengemukakan perbahasan sanad. mengemukakan beberapa pendapat ulama yang saling bercanggah sebagai perbandingan, dan terkadang mengemukakan pendapatnya sendiri. Dapat dirumuskan bahawa Kitab Misbah al-zulam merupakan sebuah refleksi pemikiran dan keilmuan Syeikh Muhajirin Amsar Al-Dary yang lahir dari proses penggalian ilmu selama bertahun-tahun di Indonesia dan di Hijaz. Melalui kitab Misbah al-zulam, beliau telah berjaya mensyarahkan dengan baik kitab Bulugh al-maram sebagai sebuah kitab hadis ahkam.

PENGENALAN

Hadis Nabi s.a.w. merupakan penjelas kandungan al-Qur’an. Hal ini mengingat bahawa peribadi Nabi
s.a.w. merupakan perwujudan dari al-Qur’an yang ditafsirkan untuk manusia, serta ajaran Islam yang
dijabarkan dalam kehidupan.

Dalam konteks ilmu-ilmu keislaman (Islamic studies), ilmu hadis
memiliki peran yang sangat penting, karena hadis memiliki fungsi dan kedudukan sebagai sumber
hukum Islam setelah al-Qur’an.Pelbagai upaya telah dilakukan oleh para ulama hadis untuk memelihara hadis Rasulullah s.a.w. Selain itu, para ulama hadis telah melakukan pengkajian yang sangat intensif untuk menjamin sebuah hadis bersumber daripada Nabi s.a.w.

Mereka berusaha untuk melakukan penelitian dengan mengkaji segala sesuatu yang berkaitan
dengan periwayat hadis (sanad) mahupun yang berkaitan dengan teks (matn) hadis.
Dalam sejarah kodifikasi hadis, upaya-upaya tersebut di atas masuk dalam periode ke tujuh (‘ahd
al-sharh wa al-jam‘ wa al-takhrij wa al-bahth).

Periode ini merupakan pensyarahan dan pengumpulan hadis-hadis. Ulama pada periode ini
mulai melakukan penyusunan hadis-hadis menurut kehendak pengarang, memperbaharui kitab-kitab
mustakhraj dengan cara membahagikan hadis mengikut kualitinya, dan mereka juga mula
menyusun hadis sesuai dengan tajuk perbahasan (tematik). Dalam konteks Indonesia, kajian hadis
memang belum menjadi salah satu tumpuan kajian Islam sejak awal masuknya Islam di Indonesia yang
diperkirakan berawal dari abad ke-13 hingga penghujung abad ke-19.

Hal tersebut dapat dibuktikan dengan kurangnya literatur dalam bidang hadis 
pada awal masuknya Islam ke Indonesia.

Kajian keIslaman yang dominan pada masa itu adalah yang berorientasi kepada shari‘ah (fikah),
mistisisme, sufisme dan neo-sufisme, membuat kajian dan perkembangan disiplin ilmu hadis kurang
mendapat tempat di dunia intelektual umat Islam Indonesia ketika itu. Pada masa-masa tersebut,
ulama yang membuat sebuah karya hadis masih dapat dihitung dengan jari.

Ketertarikan pada kajian hadis barulah intensif menjelang abad ke-20. Hal itu banyak dikaitkan
dengan dikaitkan dengan perkembangan intelektual di dunia keIslaman pada penghujung abad ke-19
yang melahirkan istilah ‘kembali kepada al-Qur’an dan al-Sunnah’, sebuah reaksi keagamaan atas
keresahan dan keprihatinan dimana sebahagian besar umat Islam tengah berada dalam situasi
kemunduran, bahkan banyak yang mengalami nasib yang mengenaskan sebagai pihak terjajah.

Menyoroti perkembangan pemikiran dan keilmuan Islam di Indonesia, khususnya dalam
bidang hadis. Sebenarnya dalam deretan panjang ulama atau intelektual Islam Indonesia dalam
rentang abad ke-20 masih ada ulama atau intelektual Islam Indonesia yang tidak terpublikasikan ke
tengah masyarakat dan hampir luput dari pantauan sejarah.

Diantara ilmuwan Islam tersebut adalah Muhammad Muhajirin Amsar al-Dary atau yang
lebih dikenal dengan Syeikh Muhajirin. Kyai yang satu ini memiliki akar tradisi intelektual yang sangat
kuat dengan jaringan ulama-ulama Timur Tengah, khususnya Mekah dan Madinah.8 Syeikh Muhajirin
merupakan kyai yang tidak hanya menguasai pelbagai disiplin ilmu keIslaman, tetapi juga beliau
merupakan ulama yang produktif melahirkan karya-karya tulis dalam pelbagai bidang keilmuan Islam.
Dari sejumlah karya-karya beliau yang paling fenomenal adalah Misbah al-zulam bi sharh bulug
al-maram.

Kepakaran dan sumbangan Syeikh Muhammad Muhajirin terbukti dengan puluhan karya yang sudah
beliau hasilkan dan salah satu karyanya Misbah al-zulam bi sharh bulûg al-marâm, mempunyai andil
besar dalam upaya pengembangan kajian hadis di Indonesia, dan juga memperkaya khazanah keilmuan
Islam, khususnya dalam bidang hadis dan kemajuan ilmu pengetahuan khususnya di Indonesia. Oleh itu,
kertas kerja ini mencuba untuk mengetengahkan seorang ulama Nusantara berkaliber dan sumbangannya bagi keilmuan Islam khususnya bidang hadis.

Biografi Ringkas: Syeikh Muhammad Muhajirin

ialah salah seorang ulama yang sangat berperan di Bekasi. Sebenarnya ia bukan ulama kelahiran
Bekasi, ia dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Baru, Cakung, Jakarta Timur, pada tanggal 24
November 1924. Muhajirin kecil telah dibesarkan dari keluarga yang kehidupannya berkecukupan.
Ia anak sulung daripada pasangan H. Amsar dan Hj. Zuriyah.

Bermula dari pengajian-pengajian di kampung halamannya, pada tahun 1929, saat berusia lima
tahun, Muhajirin kecil sudah mengaji di rumah-rumah guru di kampungnya. Ia belajar huruf Arab
(Hijaiyah) hingga membaca al-Quran. Guru pertama yang mengajarkan huruf-huruf hijaiyah sampai ia
dapat membaca al-Quran adalah mualim Sairan. Beberapa waktu kemudian mereka mengirimkannya
kepada beberapa mualim agar dapat mempelajari dasar-dasar ilmu agama dan ilmu-ilmu lainnya.10
Muhajirin mengkaji lebih jauh dasar-dasar bahasa Arab melalui ilmu nahw dan saraf kepada
guru Asmat selama enam tahun. Selain mempelajari ilmu alat, ia mempelajari pula ilmu-ilmu lainnya,
seperti fikih, usul fikih, ilmu bayan, mantiq, ilmu kalam dan tasawuf.

Suatu ketika, Muhajirin pernah ditegur kerana menyebut makhraj huruf yang kurang fasih,
sehingga dia memutuskan memperdalam ilmu tajwid dengan Hj. Mukhayar. Sampai akhirnya beliau pergi
mencari guru qira’at di Banten. Di Banten beliau mempelajari ilmu qira’at dengan Kyai Haji Saleh
Ma‘mun al-Bantani. Setelah Muhammad Muhajirin menguasai berbagai ilmu dari guru Asmat, beliau ingin
menggali ilmu dari beberapa guru yang lain, agar dapat memperdalam dan memperoleh ilmu yang
belum diperoleh dari guru Asmat. 

Sekitar tahun1930-an, Muhajirin menggali ilmu para ulama yang berada di tanah Jawa, terutama di Jakarta. Muhajirin selama empat tahun berguru dengan Kyai Ahmad Marzuki.Setelah berguru dari Kyai Ahmad Marzuki.  Muhajirin melanjutkan kajian kitab turathnya kepada Kyai Hasbiyallah di Klender. Selama tiga
tahun ia belajar dengan Kyai Hasbiyallah dengan mendapatkan tiga ilmu baru, seperti balaghah, tafsir
dan akhlaq. Dalam kesempatan itu pula ia juga memperdalam ilmu yang pernah didapat, seperti
mantiq, nahw, dan tasawuf. Perjalanan selanjutnya, Muhajirin berguru kepada Kyai Anwar. Kepada Kyai Anwar, Muhajirin tidak terlalu lama dan tidak sampai bertahun-tahun. Ia hanya mempelajari kajian ilmu yang pernah didapati dari guru-guru sebelumnnya. Dalam waktu yang berdekatan Muhajirin juga berguru
kepada Kyai Ahmad Mursyidi. Kepada beliau Muhajirin mengkaji dua bidang ilmu, iaitu mantiq
dan balâghah. Guru yang ketujuh ialah Syeikh Muhammad Tahir melalui beliau Muhajirin begitu banyak
mendapatkan pelajaran dan dengan beliau pula ia melewati masa yang cukup lama, yakni sembilan
tahun. Ilmu yang dipelajari dengan Syeikh Muhammad Tahir meliputi ilmu nahu, fikih, tafsir,
mantiq, balaghah, tasawuf, hadis dan ilmu falak. Selain itu beliau juga mempelajari ilmu falak
dengan Ahmad bin Muhammad, murid dari Syeikh Mansur al-Falaky. Selain membaca kitab-kitab
tersebut di atas, beliau masih menyempatkan diri untuk mempelajari tata cara membaca Al Qur'an
yang benar dengan Kyai Saleh Ma'mun di Banten. Guru yang kedelapan ialah Syeikh Abdul Majid.
Kepada Syeikh Abdul Majid beliau juga mempelajari ilmu fara’id, fikih, tafsir, hadis dan
tasawuf.

Guru yang kesembilan di mana merupakan guru yang terakhir di masa belajar beliau di Jakarta ialah Syed ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habshy. Kepada Syed ‘Ali bin ‘Abdurrahman al-Habshy beliau mempelajari al-Hikam. Pada tanggal 4 Dzulqa'dah tahun 1366 H bertetapan dengan bulan Ogos 1947 Syeikh
Muhammad Muhajirin bertolak daripada Indonesia dengan menggunakan kapal laut menuju Jeddah.
Selanjutnya dari Jeddah ia melaksanakan ibadah umrah menuju Mekah.


Awal perjuangan Syeikh Muhammad Muhajirin menuntut ilmu dimulai dengan tinggal di
rumah Syeikh ‘Abdul Ghani Jamal. Setelah beberapa lama beliau menetap di rumah Syeikh ‘Abdul Ghani
Jamal, maka pada pertengan tahun beliau pindah ke Asrama Jailani yang berada disisi dalam "mudda‘î".
Pada waktu tinggal disana, pertama kali beliau belajar pada Syeikh Muhammad Ahyad yang
menggantikan Syeikh Muchtar al-Tarid al-Jâwî di Masjid al-Haram.

Adapun guru-guru yang menjadi tempat Syeikh Muhammad Muhajirin menimba ilmu selama di
Mekah dan Madinah iaitu: Syeikh Hasan Muhammad al-Masshat, Syeikh Zayni Bawean,
Syeikh Muhammad ‘Ali b. Husain al-Malikiy, Syeikh Mukhtar Ampetan, Syeikh Syed ‘Alawi b.
‘Abbas al-Malikiy, Syeikh Ibrahim al-Fataniy, Syeikh Amin al-Qutbiy, Syeikh Ahmad Manshuriy,
Syeikh Muhammad Yasin al-Fadaniy, Syeikh Muhammad Amin al-Sinqitiy, Syeikh ‘Abdurrahman
al-Afriqiy.


Pada hari kamis tanggal 6 Agustus 1955 atau bertepatan dengan tanggal 19 Safar 1375 Hijriyah
beliau tiba di tanah air Indonesia, atas permintaan ibundanya. Dalam usaha mengamalkan dan
menyebarkan ilmu, beliau mendirikan sebuah lembaga pendidikan dan pondok pesantren mulai
tingkat Thanawiyah (tingkatan 1-3) hingga Perguruan Tinggi dengan nama Annida Al-Islamiy.
Syeikh Muhammad Muhajirin meninggal dunia pada tahun 2003.

Karya:

Syeikh Muhammad Muhajirin merupakan ulama yang produktif menulis. Beliau telah
mengarang lebih kurang tiga puluh empat judul kitab, dan kesemuanya berbahasa Arab. Karya-karya
Syeikh Muhajirin merupakan kitab yang wajib dibaca oleh para santri (penuntut), mulai dari
thanawiyyah (setara tingkatan satu) hingga al-marhalah al-`ulya (setara pra siswazah) di pondok
pesantren Annida al-Islamiy yang beliau dirikan. Sebagai bukti bahwa Syekh Muhammad
Muhajirin adalah sosok ulama produktif dalam hal karya tulis, Pondok Pesantren Annida sebagai
lembaga pendidikan yang didirikannya telah mendata karya ilmiah yang beliau karang sepanjang
hidupnya. Karya-karya beliau selain menjadi kitab wajib di pesantren yang beliau dirikan, juga dikaji
dan dipelajari di majelis-majelis ta’lim yang beliau asuh dan beberapa lembaga pendidikan di kawasan
Bekasi dan Jakarta. Karya-karyanya dapat dibahagikan kepada lapan bidang keilmuan:


 Bidang bahasa dan sastera:
 ‫ﻓﻦ اﻟﻤﻄﺎﻟﻌﺔ اﻷوﻟﻲ‬
 ‫ﻓﻦ اﻟﻤﻄﺎﻟﻌﺔ اﻟﺜﺎﻧﯿﺔ‬
 ‫ﻓﻦ اﻟﻤﻄﺎﻟﻌﺔ اﻟﺜﺎﻟﺜﺔ‬
 ‫ﻣﺤﻔﻮظﺎت‬
 ‫ﻗﻮاﻋﺪ اﻟﻨﺤﻮﯾﺔ اﻷوﻟﻲ‬
 ‫ﻗﻮاﻋﺪ اﻟﻨﺤﻮﯾﺔ اﻟﺜﺎﻧﻲ‬
 ‫اﻟﺒﯿﺎن‬
 ‫ﻣﺨﺘﺎرات اﻟﺒﻼﻏﺔ‬
 ‫اﻟﻘﺮع اﻟﺴﻤﻊ ﻓﻲ اﻟﻮﺿﻊ‬
Bidang tauhid
 ‫ﻣﻠﺨﺺ اﻟﺘﻌﻠﯿﻘﺎت ﻋﻠﻰ ﻣﺘﻦ اﻟﺠﻮھﺮة‬
 ‫ﺷﺮح اﻟﺘﻌﻠﯿﻘﺎت ﻋﻠﻰ ﻣﺘﻦ اﻟﺠﻮھﺮة‬
Bidang fikah dan usul fikah
 ‫اﻟﻘﻮل اﻟﻘﺎﻋﺪ ﻓﻲ ﻋﻠﻢ اﻟﻔﺮاﺋﺾ‬
 ‫ﺗﯿﺴﯿﺮ اﻟﻮﺻﻮل ﻓﻲ ﻋﻠﻢ اﻷﺻﻮل‬
 ‫اﯾﻀﺎح اﻟﻤﻮرود‬
 ‫اﺳﺘﺨﺮاج اﻟﻔﺮوع ﻋﻠﻲ اﻷﺻﻮل‬
 ‫ﺧﻼﻓﯿﺎت‬
 ‫ﻓﻠﺴﻔﺔ اﻟﺘﺸﺮﯾﻊ‬
 ‫ﻣﻌﺮﻓﺔ اﻟﻄﺮق اﻻﺟﺘﮭﺎد‬
 ‫ﺗﺨﺮﯾﺞ اﻟﻔﺮوع ﻋﻠﻲ اﻻﺻﻮل‬
 ‫ﻗﻮاﻋﺪ اﻟﺨﻤﺲ اﻟﺒﮭﯿﺔ‬
Bidang mantik / logik
 ‫اﻟﻤﺪارك ﻓﻲ اﻟﻤﻨﻄﻖ‬
 ‫اﻟﻨﮭﺞ اﻟﻤﻄﻠﻮب اﻟﻲ ﻣﻨﻄﻖ اﻟﻤﺮﻏﻮب‬
Bidang sejarah
 ‫ﻣﺮاة اﻟﻤﺴﻠﻤﯿﻦ‬
 ‫اﻟﻤﻨﺘﺨﺐ ﻣﻦ ﺗﺎرﯾﺦ دوﻟﺔ ﺑﻨﻲ أﻣﯿﺔ‬
 ‫ﺗﺎرﯾﺦ اﻷدب اﻟﻌﺮﺑﻲ‬
 ‫ﺗﺎرﯾﺦ ﻣﺤﻤﺪ رﺳﻮل ﷲ و اﻟﺨﻠﻔﺎء اﻟﺮاﺷﺪﯾﻦ‬
Bidang usul tafsir
 ‫اﻟﺘﻨﻮﯾﺮ ﻓﻲ أﺻﻮل اﻟﺘﻔﺴﯿﺮ‬
 ‫ﺗﻄﺒﯿﻖ اﻷﯾﺔ ﺑﺎﻟﺤﺪﯾﺚ‬
Bidang akhlak tasawuf
 ‫اﻟﺜﻘﺎﯾﺔ اﻟﻤﺮﺋﯿﺔ ﻓﻲ اﻟﺒﺤﺚ و اﻟﻤﻨﺎظﺮة‬
 ‫اﻟﺘﻌﺮف ﻓﻲ اﻟﺘﺼﻮف‬
Bidang hadis dan ilmu hadis
 ‫اﻟﻘﻮل اﻟﺤﺜﯿﺚ ﻓﻲ ﻣﺼﻄﻠﺢ اﻟﺤﺪﯾﺚ‬
 ‫ﺗﻌﻠﯿﻘﺎت ﻋﻠﻲ ﻣﺘﻦ اﻟﺒﯿﻘﻮﻧﻲ‬
 ‫اﻻﺳﺘﺬﻛﺎر‬
 ‫ﻣﺼﺒﺎح اﻟﻈﻼم ﺷﺮح ﺑﻠﻮغ اﻟﻤﺮام‬



Semua karya beliau ditulis dalam bahasa Arab. Apabila kita melihat kepada karya-karya beliau,
akan nampak bahawa keilmuan beliau tidak hanya dalam satu bidang keilmuan sahaja, bahkan
mencakupi beberapa bidang teras keilmuan Islam yang pada zaman ini amat jarang ada ulama yang
berkemampuan seperti beliau. Kesemua kitab-kitab tersebut dicetak secara persendirian oleh beliau.
Sayangnya kitab-kitab beliau yang bernilai itu tidak banyak yang mengetahuinya. Barangkali penyebab
mengapa karya-karya beliau tidak banyak dikenal kerana ianya dicetak secara persendirian dan tidak
dijual secara meluas sehingga penyebarannya hanya terbatas kepada murid-murid beliau dan orang-orang
yang mengenali beliau sahaja.

Ketokohan dalam Bidang Hadis: Daripada deretan kitab yang menjurus dalam bidang hadis,
membuktikan Syeikh Muhajirin boleh dikategorikan sebagai tokoh dalam bidang ini. Salah satu kitab
yang dianggap sebagai bukti mengangkat beliau sebagai tokoh hadis ialah kitab Misbah al-zulam.


Kitab Misbah al-zulam sebagai Karya Hadis Terbesar Syeikh Muhammad Muhajirin:
Diantara kepakaran yang paling menonjol diantara kepakaran-kepakaran Syeikh Muhajirin yang lain
adalah dalam bidang hadis. Hal ini dinyatakan oleh H. Aizullah yang merupakan anak bungsu. Ini dapat
kita fahami kerana beliau cukup lama menimba ilmu kepada Syeikh Muhammad Yasin bin ‘Isa al-Fadani
di Dar al-‘Ulum Mekkah. Syeikh Muhammad Yasin al-Fadani dikenali dikalangan para ulama dunia
sebagai salah seorang muhaddith terbesar abad ini. 
Syeikh Yasin mendapat julukan suyutiyy zamanihi (Imam Suyuti pada zamannya).

Disamping itu, beliau bergelar “musnid al-dunya” sebuah gelar yang sangat langka, bahkan tidak ada yang memiliki gelaran tersebut pada zamannya. Beliau digelar sedemikian kerana tidak ada satu hadispun yang
terdapat dalam kitab-kitab ilmiah, sama ada yang berderajat mutawatir, mashhur, sahih, hasan, da‘if
kecuali beliau mempunyai sanadnya sampai kepada Rasulullah. Bahkan tidak ada satu kitab pun yang
beredar di dunia ini kecuali beliau mempunyai sanadnya sampai kepada penyusun kitab tersebut.

Dengan bekal keilmuan beliau yang mendalam dalam bidang hadis yang beliau dapat daripada
gurunya itulah kemudian Syeikh Muhajirin berjaya menghasilkan kitab Misbah al-zulam sharh bulugh
al-maram. Latar belakang lahirnya kitab Misbah al-zulam adalah berawal dari rasa kagum terhadap kitab
Bulugh al-maram karya Ibn Hajar. 

Dalam pandangan beliau kehadiran Bulugh al-maram sebagai sebuah kitab hadis ahkam merupakan sebuah karya fenomenal. Syekh Muhajirin beralasan karena banyak ulama setelah generasi Ibnu Hajar
menjadikan karyanya itu sebagai rujukan dalam pencarian hujjah seputar hukum Islam atau kajian
hadis hukum itu sendiri yang melahirkan kitab-kitab penjelas (syarah). Selain hal-hal tersebut, Bulugh al-
maram mampu memikat para pecinta ilmu agama untuk menjadikannya buku ajar di pelbagai lembaga
pendidikan, dari pelbagai ideologi keagamaan mereka masing-masing, akan tetapi Bulugh al-
maram mampu diterima baik di tengah-tengah perbezaan ideologi tersebut. Hal ini semakin
menguatkan kewujudan Bulugh al-maram sebagai sebuah karya besar yang terlahir dari ulama besar
Ibn Hajar al-‘Asqalaniy. 

Kitab Misbah al-zulam secara naskah ditulis pada saat Syekh Muhajirin berada di Mekah.
Kemudian penyempurnaan penulisan selesai dilakukan pada tahun 1972 dan pertama kali
diterbitkan pada tahun 1985 oleh Perguruan Annida Al-Islamiy. Kitab Misbah al-zulam terdiri dari
delapan jilid. Jilid I terdiri dari 279 halaman, jilid II 293 halaman, jilid III 270 halaman, jlid IV 258, jilid
V 204 halaman, jilid VI 276 halaman, jilid VII 236 halaman, jilid VIII 284 halaman. Urutan kitab, bab,
dan nomor hadis adalah sebagaimana yang terdapat dalam kitab Bulugh al-maram terdiri dari 16 judul
kitab, 76 judul bab dan 1597 hadis.


SosokSyeikhMuhajirin sepanjang pengembaraannya dalam mengharungi lautan ilmu-ilmu 
keislamaan mulai dari Indonesia sampai Mekah dan Madinah, membentuk karakter keilmuan yang
beliau miliki. Jika dilihat daripada kitab-kitab yang beliau hasilkan dan pernyataan beberapa ulama yang
semasa dengan beliau dapat digambarkan bahwa Syeikh Muhajirin amat menguasai di bidang hadis
dan hukum (fikah). Dalam konteks Misbah al-zulam sebagai kitab syarah hadis, corak dan nuansa
fikah amat mendominasi. Hal ini terbukti dengan fokus perbahasan dalam pensyarahannya merujuk
kepada berbagai pendapat ulama mazhab fikah. Syeikh Muhajirin sendiri dalam mukadimah
kitabnya menceritakan tentang sumber referensi utama dalam penggarapan Misbah al-zulam adalah
semua kitab syarah Kutub al-Sittah dan kitab-kitab fikih terkenal beserta kitab usul fikihnya. Selain itu
beliau juga menggunakan ayat-ayat al-Qur’an dan kitab-kitab tafsir dalam menguatkan lagi perbahasan
dalam kitabnya.

Langkah-langkah metodologi yang dilakukan oleh Syeikh Muhajirin dalam menyusun kitab
Misbah al-zulam adalah sebagai berikut: pertama tanqil, secara bahasa artinya memindahkan, iaitu
mengambil kutipan daripada pelbagai pendapat ulama dan literatur yang berbeza-beza sesuai dengan
tema perbahasan secara keseluruhan kedalam suatu naskah. Kedua tabyid, secara bahasa artinya
pemutihan, iaitu menjadikan naskah yang sudah tersusun untuk kemudian dipilah dan dipilih
(pemutihan) pendapat dan pandangan ulama yang memang benar-benar sesuai dan relevan dengan
tema perbahasan. Langkah yang terakhir adalah tahqiq, secara bahasa artinya menguatkan, iaitu
suatu upaya terakhir yang ditempuh oleh Syekh Muhajirin dalam menyusun karyanya dengan
memeriksa ulang secara keseluruhan naskah yang sudah dipilah-pilah tersebut sambil ditambahkan dan
dilengkapi kembali jika memang dirasa perlu demi kesempurnaan sebuah karya tulis.


Kemudian ketika mulai menjelaskan sebuah hadis, Syekh Muhajirin sepertinya tidak mempunyai
sistematika perbahasan yang baku. Terkadang ia memulai perbahasan hadis dengan membahas
terlebih dahulu aspek asbab al-wurud hadisnya, ditempat yang lain ia memulai dengan membahas
aspek-aspek lainnya seperti kebahasaan, usul fikih, atau sanad. Kendati demikian secara umum syarah
yang dilakukan Syekh Muhajirin sudah mencakup sanad dan matn, walaupun dalam hal sanad
perbahasannya sangat sederhana. Menurut Syeikh Muhajirin kerana perbahasan sanad bukan menjadi
fokus utama perbahasan dalam kitab Misbah al-zulam. Sebaliknya Syekh Muhajirin lebih banyak
menumpukan perbahasannnya pada hukum Islam.


Lebih jauh lagi, perbahasan Syekh Muhajirin dalam kitab Misbah al-zulam dapat dirumuskan
sebagai berikut:

 Mengemukakan hukum hadis secara umum. Syeikh Muhajirin kebiasaannya memberikan
penjelasan mengenai hukum hadis secara ringkas. Beliau juga menjelaskan status hadis-
hadis yang dijadikan oleh para ulama dan para imam mazhab. Dan terhadap hadis yang
bermasalah, beliau juga menjelaskan ‘illat bagi hadis-hadis tersebut.
Contohnya ketika menyebutkan hadis bacaan tambahan ketika
iftihah al-salat.



ﻋﻦ ﻋﻤﺮ أﻧﮫ ﻛﺎن ﯾﻘﻮل ﺳﺒﺤﺎن اﻟﻠﮭﻢ وﺑﺤﻤﺪك ﺗﺒﺎرك اﺳﻤﻚ‬
‫وﺗﻌﺎﻟﻰ ﺟﺪك ﻻ اﻟﮫ ﻏﯿﺮك. رواه ﻣﺴﻠﻢ ﺑﺴﻨﺪ ﻣﻨﻘﻄﻊ ورواه‬
.‫اﻟﺪارﻗﻄﻨﻲ ﻣﻮﺻﻮﻻ وﻣﻮﻗﻮﻓﺎ‬


 Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dengan sanad yang terputus dan juga diriwayatkan oleh
al-Daruqutniy secara mawsul dan mawquf. Mengenai perbezaan dalam ketersambungan
sanad pada hadis ini, beliau lebih mengedepankan riwayat Muslim dan lebih kuat
daripada riwayat al-Daruqutniy, beliau membawakan kaedah dalam ilmu hadis al-jarh
muqaddam ‘ala al-ta‘dil.

واﺧﺘﻠﻒ اﻟﻌﻠﻤﺎء ﻓﻰ إﺗﺼﺎل ھﺬا اﻟﺤﺪﯾﺚ, وﻓﻰ ﻣﺴﻠﻢ أﻧﮫ ﻣﻨﻘﻄﻊ‬
‫وﻋﻨﺪ اﻟﺪرﻗﻄﻨﻲ أﻧﮫ ﻣﻮﺻﻮل ﻣﺮﻓﻮع, ﻓﺘﻘﻮل أن رواﯾﺔ ﻣﺴﻠﻢ أﻗﻮى‬
‫ﻣﻦ اﻟﺪارﻗﻄﻨﻲ ﻓﻮﺟﺐ اﻟﻤﺼﯿﺮ إﻟﻰ ﻣﺎ ﻓﻰ ﻣﺴﻠﻢ وھﻮ اﻻﻧﻘﻄﺎع وﻻ‬
٣٢
.‫ﺳﯿﻤﺎ أن اﻟﺠﺮح ﻣﻘﺪم ﻋﻠﻰ اﻟﺘﻌﺪﯾﻞ‬

 Menjelaskan tentang asbab al-wurud. Terhadap hadis-hadis yang mempunyai asbab al-wurud,
beliau akan menyertakannya. Contohnya:

ﻋﻦ أﺑﻲ ھﺮﯾﺮة ﻗﺎل ﻓﻘﺎل اﻟﻨﺒﻲ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ وﺳﻠﻢ ھﻮ اﻟﻄﮭﻮر‬
‫ﻣﺎؤه اﻟﺤﻞ ﻣﯿﺘﺘﮫ‬

Pada hadis riwayat Abu Hurairah tersebut Syekh Muhajirin menjelaskan bahwa hadis ini
merupakan jawaban dari pertanyaan seorang sahabat kepada nabi Muhammad s.a.w., tentang
kebolehan mengunakan air laut untuk berwudu, dengan tegas ketika itu Nabi s.a.w. langsung
menjawab sebagaimana bunyi matn hadis riwayat Abu Hurairah tersebut.

 Mengemukakan penjelasan kata atau kebahasaan. Dalam menjelaskan sesebuah hadis,
tak jarang beliau mengulas dari aspek kebahasaan yang dapat memberikan pemahaman
yang lebih komprehensif terhadap maksud hadis tersebut. Contohnya:

.‫ﻗﻮﻟﮫ إذا ﻗﻤﺖ إﻟﻰ اﻟﺼﻼة ﻓﺄﺻﺒﻎ اﻟﻮﺿﻮء‬
.‫ﻓﻰ ﻗﻤﺖ ﺗﻀﻤﯿﻦ وھﻮ اﺷﺮاب ﻛﻠﻤﺔ إﻟﻰ ﻛﻠﻤﺔ أﺧﺮى‬
‫ﻓﺘﻘﺪﯾﺮ اﻟﻜﻼم إذا أردت اﻟﻘﯿﺎم إﻟﻰ اﻟﺼﻼة ﻓﺄﺻﺒﻎ اﻟﻮﺿﻮء‬
.‫ﻓﺎﻟﻤﺎﺿﻰ إذا دﺧﻞ ﻋﻠﯿﮫ إذا ﻓﻤﻌﻨﺎه اﻹﺳﺘﻘﺒﺎل‬

Beliau menjelaskan bahawa kata ‘qumta’ mengandungi taqdir iaitu ‫ إذا أردت اﻟﻘﯿﺎم‬dan apabila
fi‘il madi didahului ‫ إذا‬maka perkataan itu menunjukkan untuk masa mendatang (istiqbal).

 Mengemukakan perbahasan mengenai usul fikih.

‫ﻓﺨﻼﺻﺔ اﻟﻘﻮل أن ﻣﻦ ﻋﺴﺮ وﺻﻌﺐ ﻋﻠﯿﮫ ﺑﻌﺪ اﻟﺘﻌﻠﻢ وﺟﺐ ﻋﻠﯿﮫ‬
‫أن ﯾﻘﺮأ ﻋﺪد آﯾﺎت وﺣﺮوف ﻛﺎﻟﻔﺎﺗﺤﺔ وإﻻ ﻓﯿﺠﺐ اﻟﻌﺪول إﻟﻰ ھﺬه‬
‫اﻷذﻛﺎر ﺳﺒﺤﺎن ﷲ واﻟﺤﻤﺪ اﻟﺦ. ﻓﯿﻜﻮن داﺧﻼ ﺗﺤﺖ ﻗﺎﺋﺪة ﻋﺎﻣﺔ‬
.‫اﻟﻤﯿﺴﻮر ﻻ ﯾﺴﻘﻂ ﺑﺎﻟﻤﻌﺴﻮر‬

Syeikh Muhajirin menyimpulkan bahawa orang yang tidak dapat membaca al-Fatihah
walaupun sudah belajar maka wajib mengganti bacaan al-Fatihah dengan sejumlah ayat yang
sama seperti surat al-Fatihah ataupun dengan zikir subhan Allah wa al-hamdu li Allah hingga
akhirnya. Dan kelonggaran ini termasuk ke dalam kaedah umum dalam usul fikih iaitu al-
maysur la yasqut bi al-ma‘sur.

 Mengemukakan perbahasan sanad. Syeikh Muhajirin menjelaskan perbahasan tentang sanad
sekiranya itu memang diperlukan. Seperti ketika menjelaskan sesuatu yang mubham ketika
menyebutkan satu hadis.

.‫ش: ﻗﻮﻟﮫ ﻋﻦ رﺟﻞ ﺻﺤﺐ اﻟﻨﺒﻰ ﺻﻠﻰ ﷲ ﻋﻠﯿﮫ و ﺳﻠﻢ اﻟﺦ‬
‫ﻓﺎﻟﺮﺟﻞ اﻟﺬي أﺑﮭﻢ ﻋﻠﯿﮫ اﻧﮫ اﻟﺤﻜﻢ ﺑﻦ ﻋﻤﺮو, وﻗﯿﻞ اﻧﮫ ﻋﺒﺪ ﷲ ﺑﻦ‬
‫ﺳﺮﺟﺲ, وﻗﯿﻞ اﻧﮫ ﻋﺒﺪﷲ ﺑﻦ ﻣﻐﻔﻞ. ﻓﺎﻟﻤﺒﮭﻢ ان ﻛﺎن ﻓﻲ اﻻﺳﻨﺎد‬
‫ﻓﻤﻦ ﻗﺒﯿﻞ اﻟﻤﻀﻌﻒ وان ﻛﺎن ﻓﻲ اﻟﻤﺘﻦ ﻓﻼ ﯾﻘﺪح ﻓﯿﮫ ﻷن اﻟﺼﺤﺎﺑﺔ‬
.‫ﺧﯿﺎرﻋﺪول ﻻ ﯾﺤﺘﺎج اﻟﻰ ﺗﺠﺮﯾﺢ و ﺗﻌﺪﯾﻞ‬

Dalam penggalan kalimat hadis tersebut Syekh Muhajirin menjelaskan tentang pribadi
seorang periwayat dari generasi sahabat yang diinisialkan dengan kata rajul (seorang laki-laki).
Berdasarkan beberapa pendapat diketahui bahwa nama seorang lelaki itu adalah Hakam bin ‘Amr,
‘Abdullâh bin Sirjis dan ‘Abdullah bin Mugaffal. Kata mubham36 seandainya terdapat dalam sanad
maka hadis tersebut dikategorikan da‘if. Akan tetapi jika terdapat dalam matn maka tidak
berpengaruh pada kualiti hadis tersebut. Selain itu kata rajul ini terdapat dalam tingkatan
sahabat yang dalam disiplin ilmu hadis disepakati bahawa semua sahabat itu ‘adil dalam
artian tidak diragukan dan tidak perlu diselidiki kredibilinya.

 Mengemukakan beberapa pendapat ulama yang saling bercanggah sebagai perbandingan, dan
terkadang mengemukakan pendapatnya sendiri. Ketika menjelaskan sesebuah hadis, beliau
menukilkan pendapat para ulama dalam memahami hadis tersebut. Apabila terdapat
perbezaan pemahaman, maka beliau akan menyebutkannya dan kemudian terkadang beliau
mengemukanan pendapat pribadinya. 
Contohnya dalam perbahasan hadis mengenai cara membersihkan najis yang berasal daripada air
kencing.


‫أﺧﺒَﺮﻧَﺎ ﻣﺠﺎھﺪ ﺑْﻦُ ﻣﻮﺳﻰ ﻗﺎل ﺣﺪﺛﻨَﺎ ﻋﺒﺪ اﻟﺮﱠﺣْ ﻤﻦ ﺑْﻦُ ﻣﮭﺪي ﻗَﺎل‬
َ
‫ﺣﺪﺛَﻨَﺎ ﯾَﺤْ ﯿَﻰ ﺑْﻦُ ا ْﻟﻮﻟِﯿﺪ ﻗَﺎل ﺣﺪﺛَﻨِﻲ ﻣﺤﻞ ﺑْﻦُ ﺧﻠِﯿﻔَﺔَ ﻗَﺎل ﺣﺪﺛَﻨِﻲ أَﺑُﻮ‬
ِ‫اﻟﺴﻤﺢِ ﻗَﺎل ﻗَﺎل اﻟﻨﱠﺒِﻲ ﺻﻠﱠﻰ ﷲُ ﻋﻠَﯿﮫِ وﺳﻠﱠﻢ ﯾُﻐﺴﻞ ﻣﻦْ ﺑَﻮْ ل ا ْﻟﺠﺎرﯾَﺔ‬
َ
‫وﯾُﺮشﱡ ﻣﻦْ ﺑَﻮْ ل اﻟْﻐﻼم‬
ِ َ
Dalam memahami hadis ini terjadi perbedaan pendapat antara mazhab Shafi‘iy dan Maliki
Berdasarkan tentang tata cara membersihkan najis air seni anak bayi. Menurut pendapat mazhab
Shafi‘iy air kencing bayi laki-laki cukup dibersihkan dengan cara merenjiskan air dengan tangan ke atas
najis tersebut. Sedangkan bayi perempuan tidak cukup dengan cara demikian akan tetapi harus
dicuci. Sedangkan menurut mazhab Maliki sama ada air kencing bayi laki-laki maupun perempuan cukup
dibersihkan dengan cara direnjiskan air. Pendapat ini berdasarkan kemutlakan kata bayi yang terdapat
dalam hadis, tanpa membezakan laki-laki atau perempuan. Kemudian Syekh Muhajirin menuliskan:

‫ﻗﻠﺖ ﻗﺪ اﻛﺘﺸﻒ اﻻطﺒﺎء ﺣﺪﯾﺜﺎ أن اﻟﺒﻮل اﻟﺼﺒﯿﺔ ﺛﻔﯿﻠﺔ – ﺛﺨﯿﻨﺔ, وﺑﻮل‬
‫اﻟﺼﺒﻲ ﺧﻔﯿﻒ ﻓﯿﻜﻔﻲ اﻟﻨﻀﺢ ﻋﻠﻲ اﻟﺜﺎﻧﻲ وﻻ ﯾﻜﻔﻲ اﻻ ﺑﺎﻟﻐﺴﻞ ﻋﻠﻲ‬
.‫اﻷول‬

Menanggapi perdebatan ini, Syeikh Muhajirin dengan merujuk kepada hasil penyelidikan para
doktor masa kini yang menyatakan bahwasanya air kencing anak perempuan lebih kental sedangkan air
seni laki-laki lebih ringan, karena itu cara membersihkannya cukup dengan dipercikan air.
Akan tetapi air kencing perempuan tidak cukup dengan direnjiskan, melainkan dibersihkan juga
dengan cara dicuci. Selain itu ulama fikih menjadikan ‘illat pada masalah tersebut dengan
merujuk pada tanda baligh anak laki-laki keluar mani sendangkan perempuan haid. Dalam hal ini
sebagaimana disepakati oleh para ulama bahwa air haid itu najis sedangkan air mani sebaliknya.37

yang merupakan sharh keatas kitab hadis Bulugh al-maram karya Ibn Hajar.
Kitab Misbah al-zulam merupakan sebuah refleksi pemikiran dan keilmuan Syeikh Muhajirin
yang terlahir dari proses penggalian ilmu selama bertahun-tahun di Indonesia dan di Hijaz. Syeikh
Muhajirin dalam kitab Misbah al-zulam telah berjaya menjelaskan dengan baik kitab Bulugh al-
maram sebagai sebuah kitab hadis ahkam. Pemahaman beliau yang mendalam tentang hukum
Islam mampu mencorakkan kitab Misbah al-zulam dengan nuansa fikah. Selain itu beliau juga
memperkaya karyanya itu dengan memasukkan ikhtilaf al-‘ulama’ yang menggambarkan
kebijaksanaan dan kematangan ilmu beliau. 

Sebagai ulama hadis, pemahaman beliau yang amat baik terhadap hadis menjadikan karyanya itu berjaya
menjelaskan kitab Bulugh al-maram dengan baik sehingga menjadi lebih mudah difahami. Selain itu,
beliau juga memperkaya karya hadisnya itu dengan perbahasan ilmu hadis yang menggambarkan
keilmuan beliau yang mendalam dalam bidang hadis.

File Aslinya Silahkan download dan sebarkan :

download[4]
Share this article :

0 komentar:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Proudly powered by Bangdany
Copyright © 2011. MTs. Sa'adatuddarain - All Rights Reserved
Template Design by Creating Website Published by Mas Template